- Target:
- ANAK PAHANG
- Region:
- Malaysia
- Website:
- www.cucumatkilau.blogspot.my
Patisyen ini adalah bantahan terhadap tindakan penerbit filem MAT KILAU yang memalsukan sejarah apabila membuat rakaman pengambaran di Kampung Telok Bakong, Bota Perak.
Sedangkan Mat Kilau adalah pahlawan Pahang yang terpahat dalam lipatan sejarah dan berasal dari Kampung Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
Sejarah penentangan Mat Kilau terhadap British bukan berlaku di Perak tapi di Negeri Pahang. Atas apa jua alasan, segala adengan dan pengambaran wajarlah dilakukan di kampung asal kelahiran pahlawan Melayu Pahang itu.
Tindakan pengarah filem terbabit memilih Perak sebagai lokasi pengambaran jelas sekali cuba memalsukan sejarah yang telah terpahat sejak zaman berzaman.
Jangan kerana membariskan pelakon popular seperti Adi Putra, Fatah Amin dan lain-lain lagi, pengarah filem Mat Kilau dilihat hanya mahu mencari keuntungan semata-mata.
Mereka bukanlah mahu benar-benar membangkitkan semula sejarah perjuangan Mat Kilau tetapi lebih kepada tujuan komersial. Ini amat mengecewakan anak-anak Pulau Tawar, warga Pahang dan cucu cicit Mat Kilau yang masih ada hingga ke hari ini.
Kampung kelahiran Mat Kilau masih wujud, bahkan Masjid Mat Kilau tempat beliau isytiharkan dirinya Pahlawan Melayu Pahang itu pun masih tersergam indah (madrasah) hingga ke hari ini.
Maka memilih negeri Perak sebagai lokasi pegambaran filem Pahlawan Melayu Pahang adalah satu langkah untuk mencemarkan nilai sejarah iti sendiri.
Inilah kali kedua filem Mat Kilau dirancang dan sekali lagi pengarahnya gagal menjaga sentimen rakyat Pahang sendiri.
Jika pun Pulau Tawar bukan lokasi sesuai untuk pengambaran filem ini, banyak lagi tempat sesuai di bumi Pahang boleh dijadikan pilihan.
Alangkah bangga kami anak-anak Pulau Tawar (tempat lahir Mat Kilau) jika pengambaran filem kisah perjuangan pahlawan itu di buat di kampung asalnya.
Memilih lokasi lain, seolah sengaja mengundang persepai negatif sebenarnya. Terasa hinanya kami bila filem itu ditonton kepada umum nanti, bila kami tahu adengan pengambaran itu bukan di tempat asal yang tercatit dalam sejarah.
Bukankah jika pengambaran dibuat di sini, ramai anak-anak Pahang boleh terlibat sama sebagai pelakon pembantu, kerana mereka lebih memahami nilai-nilai sejarah yang ditinggalkan.
Justeru, anak-anak Pahang di seluruh negara dan senatero dunia wajar membantah pemalsuan sejarah ini. Ia tidak layak untuk ditonton kerana jelas sekali bukan untuk mempertahankan nilai sejarah, tetapi lebih kepada mencari keuntungan semata-mata.
Maka itu kami menyeru anak-anak Pahang menandatangani petisyen ini untulembuktikan bantahan kami terhadap filem MAT KILAU PALSU
MOHD SHUKRI B MOHD
RAMLI @ JAMALUDDIN
(Blogger Cucumatkilau)
www.cucumatkilau.blogspot.my
ANAK JATI PULAU TAWAR
JERANTUT, PAHANG DM
Ayuh anak-anak Pulau Tawar khasnya dan Pahang amnya untuk sama-sama membantah tindakan Pengarah Samsul Yusof yang gagal memahami sensitiviti dan nilai-nilai sejarah terhadap pembikinan filem Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau.
You can further help this campaign by sponsoring it
The BANTAHAN TERHADAP FILEM MAT KILAU "SEJARAH YANG DIPALSUKAN" petition to ANAK PAHANG was written by MOHD SHUKRI MOHD RAMLI and is in the category Films & Movies at GoPetition.