Laluan kontra bagi penduduk sekitar Kundang dan Bandar Tasik Puteri (BTP) di persimpangan masuk Kundang-LATAR (kedua-dua arah Timur dan Barat)
- Target:
- Lebuhraya LATAR (KLSEB), Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM, JPJ, PDRM, JKR, MPS
- Region:
- Malaysia
- Website:
- www.facebook.com
Penduduk sekitar Kundang dan Bandar Tasik Puteri (BTP) yang ingin keluar dari lebuhraya LATAR untuk pulang ke rumah terpaksa membuat pusingan 'U' yang tidak sah di laluan masuk B149 ke lebuhraya LATAR di belakang RNR Kundang Barat (arah barat) atau di laluan ke timur.
Kami semua memohon agar pihak Lebuhraya LATAR (KLSEB), Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM, JPJ, PDRM, JKR, MPS dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk menyediakan satu lorong kontra sementara terutama di waktu puncak bagi kemudahan penduduk sekitar Kundang/BTP untuk keluar dari lebuhraya LATAR kedua-dua arah barat dan timur ke laluan B149 (di Kundang). Laluan sementara ini dipohon sehingga exit bertol sebenar siap sepenuhnya.
Kami sentiasa menyokong pematuhan undang-undang jalanraya pada bila-bila masa dan di mana sahaja apatah lagi setelah permasalahan 'entrance tanpa exit' ini diselesaikan sepenuhnya.
You can further help this campaign by sponsoring it
The Laluan kontra bagi penduduk sekitar Kundang dan Bandar Tasik Puteri (BTP) di persimpangan masuk Kundang-LATAR (kedua-dua arah Timur dan Barat) petition to Lebuhraya LATAR (KLSEB), Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM, JPJ, PDRM, JKR, MPS was written by Norman Yusof and is in the category Roads & Transport at GoPetition.