- Target:
- Perdana Menteri Malaysia
- Region:
- Malaysia
- Website:
- www.ismaweb.net
Petisyen Gugurkan Dakwaan Terhadap Presiden ISMA
Sejak kebelakangan ini, banyak pihak telah mencabar kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kemuncak sikap biadap terhadap kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja ini ialah campurtangan mereka dalam isu kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan sistem perundangan syariah sepenuhnya di Kelantan. Justeru Presiden ISMA telah memberi amaran di atas sikap biadap mereka itu seraya mengingatkan fakta sejarah tentang hakikat kedudukan kaum Melayu dan kaum pendatang sebelum dan semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka.
Akibatnya Presiden ISMA telah dijadikan sasaran serangan pihak chauvinist dan evangelist, sehingga membawa kepada dakwaan di bawah Akta Hasutan. Dakwaan tersebut adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri yang bersikap talam dua muka terhadap Akta Hasutan. Ironinya terdapat banyak kenyataan menghasut terhadap kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja yang tidak didakwa sehingga ke hari ini.
Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menyatakan pendirian yang jelas dan tegas untuk mempertahankan kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menandatangani Petisyen Gugurkan Dakwaan Terhadap Presiden ISMA.
Kami, rakyat Malaysia, sokong gugurkan dakwaan terhadap Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
You can further help this campaign by sponsoring it
The Gugurkan Dakwaan Terhadap Presiden ISMA petition to Perdana Menteri Malaysia was written by MEDIA ISMA and is in the category Miscellaneous at GoPetition.