BANTAHAN PENGANJURAN EKSPO JUALAN DI GUAR UTAMA BERSEBELAHAN MASJID AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK
- Target:
- YANG DIPERTUA MASJLIS DAERAH YAN
- Region:
- Malaysia
Jawatankuasa Kariah Masjid ini telah menerima banyak aduan daripada anak kariah dan Jemaah masjid tentang kesesakan lalu lintas serta tempat letak kenderaan dalam kawasan masjid sepanjang Ekspo Jualan Akhir Tahun di Guar Utama ini berlangsung.
Sepanjang ekspo tersebut berlangsung, kemudahan masjid telah digunakan sewenang-wenangnya seperti :
i. Parkir untuk Jemaah masjid telah digunakan oleh peniaga dan pelanggan untuk meletakkan kenderaan mereka secara tetap, menyebabkan setiap kali waktu solat, Jemaah masjid tiada tempat untuk meletakkan kenderaan
ii. Peniaga ekspo telah menggunakan bilik air dan tandas masjid untuk mandi yang menyebabkan kesesakan dan bil air masjid turut meningkat
iii. Ramai peniaga dan pengunjung hanya parkir kenderaan di masjid tetapi tidak solat di masjid dan tidak menghormati azan
Untuk makluman, pihak penganjur ekspo tidak pernah berhubung dengan pengurusan masjid untuk menggunakan parkir dalam kawasan masjid termasuk parkir kenderaan peniaga.
"KAMI dari kalangan anak kariah Masjid Al-Wustha Guar Chempedak, penduduk setempat juga masyarakat yang cakna berkenaan isu ini, dengan ini MEMBANTAH dengan sekerasnya penganjuran EKSPO JUALAN DI GUAR UTAMA yang terletak bersebelahan dengan MASJID AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK"
"KAMI turut berasa kesal dengan pihak penganjur dan pengunjung yang tidak mempeduli kebajikan dan hak anak kariah untuk beribadah dengan selesa di masjid."
You can further help this campaign by sponsoring it
The BANTAHAN PENGANJURAN EKSPO JUALAN DI GUAR UTAMA BERSEBELAHAN MASJID AL-WUSTHA GUAR CHEMPEDAK petition to YANG DIPERTUA MASJLIS DAERAH YAN was written by Masjid Alwustha and is in the category Civil Rights at GoPetition.