PINDAH LADANG BABI KURANG 3 KM DARI KAWASAN PENDUDUK BIDOR
1- Pencemaran bau dan najis babi telah berlaku lebih 50 tahun di Bidor tanpa penyelesaian yang jelas dari pihak berkuasa.
2- Kajian bebas mendapati Perak adalah juara menternak Babi dengan 29 Ladang Babi berdaftar di Daerah Batang Padang sahaja.
3- Mutakhir ini penduduk melihat saiz ladang Babi yang semakin membesar dan mendapat maklumat 4 buah syarikat besar sedang memohon untuk menambahkan lagi bilangan ladang baharu di sekitar Batang Padang ini.
4- Peningkatan saiz dan penambahan bilangan ladang babi berdaftar serta tidak berdaftar ini telah menyebabkan pencemaran bau dan air sungai yang semakin teruk.
5- Pada 13 Disember 2020, NGO Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Syukbah Tapah dengan kerjasama penduduk telah melakukan mini Flash Mob bagi mengangkat isu ini lagi.
6- Kali ini pula kami memohon bantuan mudah iaitu turunkan Tandatangan Petisyen dari rakyat Malaysia agar memberi sokongan kepada penduduk sekitar Batang Padang dan Bidor khusus yang terzalim dengan pencemaran Bau dan kumbahan ladang Babi yang sehampir 170 meter sahaja dari taman perumahan mereka.
7- Desakkan kami adalah pindahkan ladang yang terlalu hampir dengan penduduk ke kawasan yang melebihi 3KM dari kawasan penduduk dan segerakan penguatkuasa Ladang Babi Moden yang mengeluarkan bau sangat minima dan tidak membuang lagi kumbahan ke sungai.
TUNTUTAN PENDUDUK:
1- PENDUDUK MENUNTUT PIHAK KERAJAAN NEGERI PERAK MEMAKSA SEMUA LADANG KHINZIR DI PERAK MENGAMALKAN ZERO DISCHARGE PADA AKHIR JUN 2021.
PADA 2018 EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK PERNAH MENJANJIKAN ZERO DISCHARGE INI PADA AKHIR 2019, NAMUN SEHINGGA HARI INI MASIH TIDAK TERLAKSANA.
ZERO DISCHARGE BERMAKSUD TIADA LAGI PEMBUANGAN SISA CECAIR KE SUNGAI.
2- PENDUDUK MENUNTUT SEMUA LADANG KHINZIR DI PERAK DI KENAKAN AKTA BACAAN PENCEMARAN UDARA BAWAH 10 BPM.
BACAAN PENCEMARAN UDARA LADANG TERNAKAN SEDIA ADA IAITU MINIMA 20 BPM SEKARANG TIDAK SESUAI LAGI.
SELAIN ITU PENDUDUK MENDESAK PIHAK BERKUASA MENGAMBIL BACAAN PENCEMARAN PADA WAKTU TERTENTU BAU BUSUK DIKELUARKAN LADANG. (BUKAN BACAAN DIAMBIL PADA WAKTU BAU TIDAK DILEPASKAN)
3- PENDUDUK MENUNTUT SEMUA LADANG KHINZIR DI PERAK DI KENAKAN AKTA BAHARU IAITU JARAK ANTARA PEMILIK LADANG KHINZIR DENGAN LADANG PERTANIAN SEBELAHNYA & PENEMPATAN TAMAN ATAU PERKAMPUNGAN SEKURANG KURANGNYA 1 KM.
JARAK 200 METER SEDIA ADA PULA HANYA UNTUK JARAK ANTARA PEMILIHAN LADANG DENGAN LADANG PERTANIAN SEBELAHNYA.
4- PENDUDUK SANGAT MENGHARAPKAN LADANG SEDIA ADA DI BAWAH 200 METER KAWASAN PENDUDUK, DIKENAKAN PENGAWASAN KEBERSIHAN LEBIH KETAT DAN PIHAK KERAJAAN PERLU MEMIKIRKAN MEKANISMA PINDAH LADANG KE KAWASAN BAHARU.
5. PENDUDUK MENDESAK PENINGKATAN KOMPAUN LEBIH TINGGI DAN MENUTUP LADANG YANG BERTERUSAN MENCEMARKAN UDARA DAN AIR PENDUDUK SEKITAR.
Kami dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Syukbah Tapah memohon sokongan dari orang ramai terutamanya rakyat negeri Perak untuk membantah pembinaan kandang babi yang kurang 3 km daripada kediaman penduduk.
Penduduk Bidor sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang mencemarkan sekitar Batang Padang terus berleluasa.
Kami sangat memerlukan sokongan anda demi kepentingan penduduk Bidor.
You can further help this campaign by sponsoring it
The BANTAH LADANG BABI BIDOR petition to Rakyat negeri Perak was written by Shahrul Nazir II and is in the category Environment at GoPetition.